Thursday 17 January 2019

Lawatan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Mineral Dr. Xavier Jayakumar Ke Muzium Geologi

IPOH, 20 September 2018:  Pada hari ini Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menerima kunjungan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS), Dr. Xavier Jayakumar ke Muzium Geologi. Kedatangan beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah JMG, Dato' Hj. Shahar Afendi Abdullah Azizi, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan jabatan.
Beliau sempat melihat sejarah JMG, fosil, koleksi batuan dan mineral, produk-produk berasaskan mineral, serta penerangan berkaitan fungsi-fungsi setiap cawangan yang ada di jabatan ini.


http://blog.jmg.gov.my/bahagian-perkhidmatan-teknikal/lawatan-menteri-air,-tanah-dan-sumber-mineral-dr-xavier

Lawatan Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan

Ipoh, 10 Jan 2019: Hari ini JMG menerima kunjungan Dato' Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Kelantan bersama rombongan seramai 10 orang ke Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT dan Pusat Penyelidikan Mineral. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan analisis di makmal JMG khususnya yang berkaitan dengan analisis Rare Earth Element, REE. Mereka dibawa melihat makmal dan peralatan analisis.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Fauzi Said dan Dr. Nazwin. Penerangan mengenai REE telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar selaku pegawai yang menjalankan analisis berkenaan.
Rombongan juga telah dibawa melawat Makmal Tanah Liat dan Galeri Batu Dimensi di PPM dan Muzium Geologi di BPT.


Lawatan Ketua Pengarah NAHRIM

Ipoh, 11 Jan 2019: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal, JMG Ipoh telah menerima lawatan mengejut Ketua Pengarah NAHRIM. Beliau telah dibawa melihat kemudahan analisis di makmal termasuk kemudahan analisis Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Element). Penerangan mengenai REE telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, selaku pegawai yang menjalankan analisis berkenaan.


Friday 19 February 2016

Waktu Lawatan Muzium Geologi

Mulai 1 Mac 2016, waktu lawatan ke Muzium Geologi adalah seperti berikut:

Isnin - Khamis:
9:00 pagi - 12:30 tengahari
2:00 petang - 4:30 petang

Jumaat:
9:00 pagi - 12:00 tengahari
3:00 petang - 4:30 petang

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am:
Tutup

Thursday 7 January 2016

Lawatan Timbalan Menteri Datuk Ir Hj Hamim Samuri

https://www.youtube.com/watch?v=9Xaeb90gwq8&list=PLqWNWNKINKsepxOTOdkTylb80h5NQzv5L
IPOH, 7 Januari 2016:   Jabatan Mineral Dan Geosains telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Ir Hj Hamim Samuri. Beliau serta rombongan daripada beberapa kenamaan dari pelbagai agensi di bawah NRE, telah diberi taklimat oleh Pengarah JMG Perak, En. Sidi Daud di Bilik Mesyuarat Granit seterusnya di bawa melawat ke Muzium Geologi dan makan tengahari di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).