Ipoh, 10 Jan 2019: Hari ini JMG menerima kunjungan Dato' Pengarah
Pejabat Tanah Dan Galian Kelantan bersama rombongan seramai 10 orang ke
Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT dan Pusat Penyelidikan Mineral. Lawatan
ini bertujuan untuk meninjau kemudahan analisis di makmal JMG khususnya
yang berkaitan dengan analisis Rare Earth Element, REE. Mereka dibawa
melihat makmal dan peralatan analisis.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Fauzi Said dan Dr. Nazwin.
Penerangan mengenai REE telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar selaku
pegawai yang menjalankan analisis berkenaan.
Rombongan juga telah dibawa melawat Makmal Tanah Liat dan Galeri Batu Dimensi di PPM dan Muzium Geologi di BPT.
No comments:
Post a Comment